top of page

Rumah Selangor Idaman Perdana Kini PPAM! Siapa Layak & Cara Mohon?

  • Writer: casey low
    casey low
  • 21 Mac
  • 2 min membaca

Berita baik untuk penjawat awam! Projek Selangor Idaman Perdana kini di bawah PPAM. Hubungi 0102652088 untuk selanjutnya. Tanpa Caj!


Projek Idaman Perdana di Puncak Alam merupakan inisiatif perumahan mampu milik di bawah program Rumah Selangorku telah ditukar ke Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) , projek ini dibangunkan oleh MGB Berhad, anak syarikat LBS Group Berhad. 

Terletak di perbandaran LBS Alam Perdana yang terancang, projek ini menawarkan kediaman selesa dengan akses mudah ke pelbagai kemudahan sosial dan infrastruktur ekonomi. 


Maklumat Projek:

  • Lokasi: Puncak Alam, Selangor​

  • Harga: 1,000 kaki persegi (Habis) ; 1,022 kaki persegi​ - RM233,800 (harga rumah selangor RM288,800).

  • Saiz Unit: 1,000 (Habis) atau 1,022 kaki persegi​

  • Konfigurasi: 3 bilik tidur dan 2 atau 3 bilik mandi​

  • Tempat Letak Kereta: 2 petak setiap unit​

  • Jumlah Unit: 1,048 unit dalam 2 blok, masing-masing setinggi 25 tingkat​

  • Kemudahan Tambahan: Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin (3 unit), peti sejuk, televisyen dengan kabinet, kabinet dapur, pemanas air (3 unit), dan almari pakaian di setiap bilik tidur.


Lokasi Strategik: Idaman Perdana terletak berhampiran dengan:​

  • Eco Grandeur: 4.1 km

  • UiTM Puncak Alam: 6 km

  • Akses Lebuh Raya: Mudah ke LATAR dan Guthrie​


Syarat Kelayakan Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

PPAM adalah program perumahan mampu milik khas untuk penjawat awam Malaysia. Berikut adalah syarat kelayakan:


Kriteria Pemohon:

  1. Warganegara Malaysia

  2. Penjawat awam tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri

  3. Pesara kerajaan layak memohon

  4. Gaji pokok tidak melebihi RM10,000 sebulan

  5. Belum memiliki lebih daripada satu rumah

  6. Hanya satu permohonan untuk setiap pasangan suami isteri


🏡 Keutamaan Diberikan Kepada:

  • Pemohon yang belum memiliki rumah

  • Pemohon yang menetap atau bekerja berhampiran projek PPAM

  • Keutamaan kepada pemohon kali pertama dalam skim ini


📌 Dokumen Diperlukan:

  1. Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan)

  2. Pengesahan majikan mengenai status penjawat awam

  3. 3 bln Penyata gaji terkini

  4. Salinan Sijil Nikah (jika berkahwin)

  5. Pengesahan pendapatan tambahan (jika ada)


📝 Cara Permohonan:

  • Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PPAM: www.ppam.gov.my atau contact 0102652088

  • Pilih projek yang diinginkan dan lengkapkan permohonan

  • Tunggu kelulusan dan proses penawaran unit



Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web Rumah Selangorku (Tiada Sebarang Caj)



Panduan Memohon:




 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


© 2023 oleh Pasukan Pemasaran Agensi

bottom of page